Pembiayaan
Sebagai sebuah koperasi yang berlandaskan Islam, Koperasi Bimbingan Insan Pahang Berhad telah menyediakan skim-skim pembiayaan pematuhan syariah (Islamic Compliance) kepada anggotanya untuk memudahkan urusan mu’amalah mereka. Skim pembiayaan yang ditawarkan KOBI adalah seperti berikut :
Al-Murabahah (BBA)
Al-Murabahah ialah jualan barangan dengan harga yang ditetapkan di pasaran dengan tambahan keuntungan yang diperolehi. Apabila seseorang anggota ingin membeli sesuatu barangan tetapi tiada kemampuan, Koperasi Bimbingan Insan Pahang Berhad akan membeli barangan ini dengan harga kos atau harga pasaran kemudian akan dijualkan kepada anggota dengan harga keuntungan yang diketahui.
Jumlah maksimum yang diperuntukkan untuk skim pembiayaan ini adalah RM30,000.00 dan tempoh maksimun membayar balik pembiayaan ini adalah selama 6 tahun. Peratus keuntungan yang diambil KOBI sekitar 20-25 %.
- Pembelian Kenderaan
- Pembelian Rumah
- Pembelian Lain-lain Berkaitan
Al-Mudharabah
Al-Mudharabah adalah satu kontrak ke atas syarikat untuk mendapatkan keuntungan di mana modal dari satu pihak manakala kerja dari satu pihak yang lain. Skim ini juga dipraktikkan para sahabat sejak pada zaman Rasulullah SAW seperti Umar Bin Al-Khattab, Ali bin Abi talib, Uthman bin Affan, Abdullah bin Mas’ud dan lain-lain.
Al-Qard
Al-Qard adalah skim yang disediakan KOBI kepada anggotanya untuk memenuhi keperluan Anggota. RM3000 dan tempoh bayar balik adalah selama 10 bulan. Ini adalah pinjaman tanpa keuntungan dan setiap pinjaman dikenakan caj perkhidmatan sebanyak rm50 manakala bayaran ini dimasukkan kedalam Tabung Kebajikan Anggota.
- Kos Perubatan
- Kos Kemalangan
- Perkahwinan
Al-Wadiah (Simpanan)
Para anggota boleh mengeluarkan wang simpanan ini pada bila-bila masa sahaja. Skim Al-Wadiah yang disediakan oleh KOBI adalah:
- Simpanan diri
- Simpanan Anak
Al-Musyarakah
Al-Musyarakah adalah satu kontrak antara dua pihak yang berkongsi dalam modal dan untung. KOBI akan berkongsi modal dengan anggota dimana setiap pihak diperuntukkan kadar tertentu keuntungan atau kerugian.
Tabung Kebajikan Anggota
Daripada keuntungan tahunan yang diperolehi, KOBI bukan sahaja mengagihkan dividen ke anggotanya tetapi turut mengagihkan 5% - 10% kepada tabung-tabung yang disediakan untuk menjaga kebajikan anggota. Tabung-tabung yang disediakan ialah :
Tabung Derma Siswa
Tabung ini diperuntukkan untuk memberi saguhati dan hadiah untuk meraikan anak-anak anggota yang memperolehi keputusan yang cemerlang didalam peperiksaan awam seperti berikut :
- Ujian Penilaian Kelas KAFA
- Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
- Penilaian Menengah Rendah Ugama (PMRU)
- Penilaian Menengah Rendah (PMR)
- Sijil Menengah Ugama (SMU)
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Diploma
- Ijazah
- Master
- PHD
- Anugerah Khas
Tabung Ijtima’iyah
/Kebajikan
Untuk meringankan beban yang di tanggung anggota. Tabung ini disediakan untuk membantu anggota yang berhadapan dengan kesulitan atau kecemasan seperti.
- Kemalangan
- Kebakaran
- Banjir
Tabung Khairat
Kematian
Tabung ini adalah bertujuan untuk memberikan sumbangan kepada anggota yang berhadapan dengan kematian ahli keluarga atau kematian anggota sendiri.