Koperasi Bimbingan Insan Pahang Berhad (KOBI)

KOBI TRADING!

Dibawah Koperasi Bimbingan Insan Pahang Berhad (KOBI) terdapat dua perniagaan iaitu Al-Munawwarah Collection dan COOPMART.

COOPMART

Coopmart (KOBI) ini adalah merupakan satu-satunya kedai di Temerloh yang menawarkan produk keluaran bumiputera dan produk muslim sahaja. Kami juga menyokong penuh kempen Buy Muslim First (BMF). Matlamat utama kami adalah memasarkan produk “BERSIH, SUCI DAN HALAL “. Hal ini bagi menjamin keyakinan para pengguna islam bagi setiap produk kerana mencari yang halal itu adalah fardhu.

Al-Munawwarah Collection

Al-Munawwarah Collection merupakan sebuah butik yang berasaskan islamik dimana kami menjual tudung sarung labuh, Instant shawl bersaiz besar dan tudung empat segi bidang besar bagi memenuhi permintaan pelanggan kami. Selain itu, pilihan seperti jubah, baju muslimah, baju kanak-kanak, baju kurung juga turut disediakan. Kami juga turut menyediakan pelbagai bahan bacaan islamik bagi kanak-kanak sehingga dewasa. 

Al-Munawwarah Collection juga menyediakan kelengkapan barangan haji dan umrah. Kami juga turut menyediakan senarai barangan haji/umrah bagi para jemaah sebagai persediaan kelengkapan yang diperlukan disana